Friday, July 5, 2013

Ayuh kita bermuhasabah !





Tahukah anda apa itu Babi?
Sudah tentu Babi itu adalah binatang yang dikategorikan najis mughallazah iaitu najis berat dan haram utk memakannya.

Dan tahukah anda apakah itu aurat ?
Aurat sangat penting kerana ianya menjaga maruah diri kita dan menjaga agama kita..

DAN......

Apakah kaitan antara Babi dan Aurat?
Apakah yang membezakan antara kedua-dua ini ?
ok,oleh itu jom kita saksikan al kisah pendek ini,walaupun kisahnya pendek tapi renungannya sungguh mendalam untuk kita fikir-fikirkan..so,jadikankisah ini sebagai muhasabah diri kita..
Renungkan bersama....

Seorang anak murid bertanya gurunya..

"Ustaz, kalau kita pegang babi.. boleh tak ustaz?"
"Tidak boleh. Sebab babi tu najis mughallazah.."

"Kalau tengok sahaja babi tu, berdosa tak, ustaz?"
"Kalau tengok sahaja, tak lah berdosa.."jawab gurunya.

"Kalau kita tengok perempuan yang tidak menutup aurat, berdosa tak ustaz?
"Kalau perempuan yang tidak menutup aurat, kita tengok BERDOSA! Kalau dah tengok pun berdosa..lagi-lagilah berdosa kalau kita pegang.." tegas si guru.

"Oo..maknanya perempuan yg tak tutup aurat, lbh teruklah ye, dari binatang tu.."

Renung-renungkanlah.





No comments: